PENGENALAN
Zulfa Sdn Bhd merupakan perniagaan perkongsiaan yang akan didaftarkan pada awal bulan Disember 2012 dan dijangka akan
beroperasi pada Januari 2013. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual dan
membekalkan perisian teknologi tarannum digital untuk kegunaan orang
ramai khususnya orang Islam. Teknologi ini adalah inovasi baru bagi memudahkan
golongan yang ingin membaca Al-Quran secara bertarannum (berlagu) dengan cara
yang tepat dan mudah.
Sasaran produk yang ingin dijual oleh
syarikat kami adalah seperti para pelajar, guru-guru Al-Quran di sekolah,
pensyarah dan mereka yang ingin mahir membaca Al-Quran secara bertarannum.
Syarikat kami menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar Petaling Jaya,
Bangunan PJX- HM Shah Tower yang bersebelahan dengan bangunan Amcorp Mall dan
berdepan dengan stesen LRT Taman Jaya.
Syarikat
memilih untuk menceburi perniagaan ini kerana di pasaran tiada lagi produk yang
menawarkan barangan tersebut. Disebabkan di pasaran terdapat banyak produk yang
berkaitan dengan tarannum, tetapi masih lagi tiada produk teknologi yang dapat
memenuhi aspek-aspek terpenting dalam menjadikan seseorang itu mahir dalam
bidang tarannum.
Produk yang kami tawarkan ini
mengandungi aspek-aspek berikut :
1) Perisian
tersebut mampu untuk mengukur tahap suara yang dialunkan secara tidak langsung
pembaca dapat mengesan kelemahan dan kekuatan dalam bacaan mereka.
2) Pembaca boleh memilih tarannum-tarannum
(lagu) yang ingin dialunkan pada pilihan-pilihan yang disediakan di skrin.
Anggaran kos projek
yang telah dirancang oleh syarikat adalah sebanyak RM 70,000
0 comments:
Post a Comment